Translate This Blog

Friday, November 25, 2011

Khasiat Delima

Buah Delima (punica granatum) dikatakan berasal dari negara Iran, ia tersebar ke daerah mediteranian dan seterusnya ke seluruh pelosok dunia termasuk Asia tenggara. Tanaman ini mudah tumbuh di semua iklim. namun begitu Delima paling subur tumbuh di tanam gembur kering.

Terdapat 3 jenis delima iaitu delima putih, delima merah dan delima ungu.

Delima mempunyai pelbagai khasiat dan boleh dibuat ubat. Hampir keseluruhan pokok delima mempunyai khasiat yang tertentu. Mulai dari kulit kayu, kulit akar(biasanya dikeringkan dahulu) kulit buah,
Kulit buah digunakan untuk pengubatan sakit perut kerana kecacingan, buang air besar mengadungi darah dan lendir(disentri), diarhea kronik, pendarahan seperti buasir berdarah, muntah darah, batuk darah, pendarahan rahim, pendarahan rektum, prolaps rektum, radang tenggokrok, radang telinga, keputihan(leukorea) dan nyeri lambung.

Kulit akar dan kulit kayu digunakan untuk kecacingan, terutama cacing pita(taeniasis), batuk dan diarhea, Bunga digunakan untuk penyembuhan radang gusi, pendarahan dan bronkitis.

Dari kajian satu buah deliam dapat mencukupi 40% kandungan vitamin C untuk orang dewasa, Kandungan lain seperti vitamin A, vitamin E, asid folat, serat, kalium dan niasin. menurut kajian juga buah delima kaya dengan zat antioksidan antosianidin yang juga bersifat anti-inflamasi. kandungan antioksidannya sangat tinggi. Khasiat antioksidannya berperanan melawan sel2 kanser, baik untuk kesihatan jantung dan mencegah alzheimer. Jus buah juga mencegah pengerasan arteri dan penyakit berkait serangan jantung dan stroke dengan mencegah pengumpulan plak di arteri dan menghakis pengumpulan plak yang sedia ada.

Isi buah delima berkasiat sebagai penyejuk dapat digunakan untuk mengubati suara serak, sakit ditenggorokan, kecacingan, perut kembung, reumatik, sering buang air kecil, menurunkan tekanan darah tinggi bahkan menurukan berat badan. Manakala biji delima yg sering dibuang itu pula berkhasiat untuk menurunkan demam dan menyembuhkan batuk.


Menurut Ibu Qayyim Al Jauzah, buah delima bersifat panas dan lembab, oleh itu ia amat baik untuk menguatkan perut, tekak dada dan paru2, ia juga melegakan batuk. Ia juga sebagai penawar untuk cirit birit, anemia tekanan darah tinggi dan artritis

biji delima juga kaya dengan polifenol yang boleh menyembuhkan leukimia, ia juga dapat melambatkan pergandaan PSA(iaitu ukuran perkembangan kanser prostat).

Terdapat 3 tempat buah delima atau Ar Rumman dalam bahasa arab ini disebut didalam Al Quran.
Pertama: Allah berfirman yang bermaksud:"Dan Dia yang menurunkan air(hujan) dari langit, kemudian Kami mengeluarkan dari air(hujan) itu segala macam tumbuh-tumbuhan, kemudian Kami keluarkan segahagian daripadanya biji-bijian yang bersusun dan Kami jadikan pula daripadanya pokok kurma yang mayangnya ada segerombolan buah kurma yang dekat untuk ambil dan daripadanya pula Kami keluarkan kebun-kebun anggur, zaitun dan delima yang sebahagiannya mempunyai kemiripan daunnya, tetapi rasa bua yang satu berbeza dengan yang lain. lihatlah buah-buahnya ketika sedang berbuah dan ketika telah ranum. Sesungguhnya didalam hal itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Kami bagi orang-orang beriman."(Al An'am:99)
Kedua: Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:"Dan Dialah yang menjadikan kebun2 yang bersusun dan kebun2-kebun yang tidak tersusun, pokok kurma, tanaman-tanaman yang berlainan rasanya, pokok zaitun danpokok delima yang serupa atau yang tidak serupa. Makanlah buahnya jika telah berbuah dan bayarlah zakatnya dihari kalian memetiknya. Dan janganlah kalian melampaui batas, sesunggguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas: (Al An'am:141)
Ketiga: Allah S.W.T. berfirman:"Di dalam kedua syurga itu terdapat mata air yang memancar keras terus menerus. Maka tanda-tanda

kekuasaan Tuhan Kalian yang mana lagi yang akan kalian dustakan? Didalam kedua syurga itu terdapat buah-buahan, pokok kurma dan pokok Delima."(Al-Rahman:66-68).


http://www.scribd.com/doc/22501992/Khasiat-Delima
http://anizyn.blogspot.com/2009/12/khasiat-delima.html
http://jusdelima83.blogspot.com/2011/10/sejuta-khasiat-delima.html
http://thepatria.wordpress.com/2010/08/29/keajaiban-khasiat-buah-delima/

Friday, November 18, 2011

Khasiat Pegaga Untuk Kecerdasan Minda Perubatan dan Pelbagai

Pegaga atau nama saintifiknya, Centella asiatica/hydocotyle asiatica berasal dari kawasan Asia iaitu India, Sri Lanka dan Madagascar dan juga Afrika Timur.

Bagi kaum Cina pegaga dijadikan minuman penyejuk badan manakala untuk kaum India digunakan sebagai tonik kecerdasan minda.

Masyarakat India juga menjadikan pegaga sebagai sumber perubatan untuk penawar racun, anti kanser,,ubat cirit birit dan dijadikan tonik mengubati penyakit kulit dan saraf.
Walaupun pegaga amat baik dimakan mentah tetapi daun yang diramas dengan sedikit air amat baik jika disapukan pada kudis dan luka. Di samping itu, pegaga juga memberi kesan kepada beberapa peringkat pembentukan tisu seperti menghilangkan parut, membina kolagen, merangsang pembentukan rambut dan kuku.

Istimewanya tumbuhan menghijau ini turut dijadikan penawar dalam menurunkan tekanan darah, melawaskan kencing, penyembuhan luka, ulser, masalah kulit dan penawar alahan.

Saya mengalami kegatalan pada anak tekak akibat dari kesan resdung, saya mencuba keberkesanan daun pegaga ini, saya kunyah daun pegaga kemudian tempelkan pada tempat yang rasa gatal tersebut. Sekejap saja rasa gatal hilang.

Tumbuhan ini kaya dengan pelbagai zat makanan seperti protein, gentian, zat besi dan vitamin A dan C. Komponen kimia utama herba ini ialah triterpena yang terdiri daripada asiatikosida, medikasisida, asid asiatik dan asid medikasik, selain itu terdapat juga bahan kimia yg mudah meruap dan asid amino.

Kegunaan terapeutik pegaga termasuk penyembuh penyakit kulit, luka dan ulser.

Dalam bidang kecantikan khasiat daun pegaga terbukti mampu menjadi bahan tambahan kepada anti selulit dan anti kedutan untuk mata, muka dan menambah ketegangan kulit dan akhirnya membentuk kulit baru.

Antara lain khasiat pegaga ialah:
.penawar alahan
.merawat asthma dan sesak nafas
.merawat jangkitan paru-paru
.merawat kegusaran dan kegigilan
.anti kanser
.meransang peredaran darah
.penawar ulser
.meransang peredaran darah
.merawat cirit birit dan gastrik
.menurunkan tekanan darah

Lagi khasiat pegaga:

.Berkesan meningkatkan dan membaikpulih kadar hormone.
.meningkatkan estrogen dalam badan yang mengaktifkan kolagen dalam kulit.
.menganjalkan kulit yang telah melendut
.menegangkan dan menghaluskan struktur kulit
.mengurangkan garis-garis halus
.mencerahkan kulit dari dalam dan meratakan warna kulit
.menyihatkan kulit yang tidak bermaya agar kembali berseri
.menghaluskan liang roma dan mengurangkan minyak
.melembutkan kulit kasar dan kering
.merawat jerawat dari dalam
.mencegah pertumbuhan jerawat muka dan badan
.mencerahkan dan menghilangkan lebam bawah mata
.melambatkan proses penuaan secara berkesan
.menambahkan kesegaran, tenaga dan meingkatkan kadar libido (ketahanan)
.mencegah dan mengurangkan penyakit migrain
.membantu mengurangkan risiko penyakit jantung, arteriosclerosis, sesudah menopos dan osteophorosis
.mengurangkan penyakit diabetis dan tekanan darah tinggi
.mengurangkan penyakit yang berkaitan dengan mata seperti katarak, kornea, rabun jauh dan lain-lain
.menghalang mood swing akibat kekurangan estrogen dalam tubuh

Pegaga boleh dibuat ulam yg berkhasiat, dicicah dgn sambal dimakan dgn nasi.
Lebih lagi, pegaga dipercayai mempunyai kelebihan dalam memberi kesan terus kepada masalah tekanan darah rendah dan selalu dirujuk sebagai ubat tradisional untuk mengembalikan keserian wajah dan awet muda

Kajian yg di lakukan pada 1949 mendapati pegag mujarab untuk mengubati penyakit kusta dan ulser kerana ciri2 antibakteria yang ada padanya. Penyelidikan seterusnya pada tahun 1950an mendapati pegaga amat baik utk menyembuhkan luka, kudis serta mengubati kerengsaan kulit. Ia juga sebagai 'makanan menjana kecerdasan otak'. Herba ini amat mujarab utk memperbaiki fungsi minda seperti meningkatkan daya ingatan dan penumpuan fikiran.

Di Indonesia pula bunga dan buah pegaga tidak dimakan kerana dikatakan menjadi punca penyakit reumatisma sekiranya terlalu banyak dimakan. Namun ada juga org yg yakin bahawa mereka akan beroleh umur yang panjang dan awet muda apabila mengamalkan pengambilan pegaga dalam makanan harian mereka. Tetapi berdasarkan ajian menunjukkan ia boleh dimakan selalu tetapi dalam kuantiti yang sedikit sahaja bagi mendapatkan kesan positif kerana pengambilan yang berlebihan akan mengakibatkan kesan narkotik dan keracunan kumulatif yang meransang tumor untuk jangka panjang. Bagi pesakit tekanan darah rendah di nasihatkan mendapat pandangan doktor kerana pengambilan pegaga secara berlebihan akan mengakibatkan penurunan tekanan darah. berlainan pula bagi pesakit darah tinggi, ia baik untuk menurunkan tekanan darah.

"Pegaga disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai salah satu tumbuhan ubatan yang terpenting untuk dipulihara dan ditanam." — Herbs: The Green Pharmacy of Malaysia [1]

Nama lain bagi pegaga:

Gotu Kola : India/Sri Lanka
Latin Name : Centella asiatica
Family: Appiaceae
Common Names: Gotu kola, Indian Pennywort, Pennywort, Jal Brahmi
Sanskrit Name: Mandukaparni

Reference:
http://anizyn.blogspot.com/2009/01/khasiat-daun-pegaga.html
http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan/s2_99/a53087.htm
http://rezakahar.wordpress.com/2010/12/26/khasiat-pegaga-bagian-ii/
http://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Pegaga
http://emannetwork.net/kandungan.php
http://panduanpercuma.info/tahukah/2614/khasiat-pegaga/