Translate This Blog

Thursday, January 16, 2014

Dalam berperang..

Friday, January 10, 2014

Mahathir: Saya tak perlu jet besar, mewah

Mahathir: Saya tak perlu jet besar, mewah

http://beta.malaysiakini.com/news/251372

Bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak memerlukan jet mewah dan besar sewaktu mentadbir negara selama 22 tahun.

Bagaimanapun, kerajan sekarang mungkin mempunyai lebih banyak dana dan mampu untuk memperoleh pengangkutan mewah seperti itu, katanya dalam satu program bual bicara disiarkan stesen RTM2 untuk memperingati 11 tahun persaraannya.

Kenyataan itu timbul selepas tegurannya kepada kerajaan pada akhir bulan lalu, untuk membuat lebih banyak penjimatan.

"Pada tahun 1981, saya mewarisi Boeing 737 dari PM sebelumnya. Dia (Tun Hussein Onn) mempunyai masalah perjalanan jadi saya boleh memahami mengapa dia perlu mempunyai kapal terbang besar.

"Saya pernah menggunakan kapal terbang untuk masa yang singkat dan saya bertanya kepada mereka berapa kos perjalanan. Mereka memberitahu saya ia melibatkan kos kerajaan sebanyak RM2 juta setahun.

“Kemudian (saya mengambil keputusan) kami menjual kapal terbang, saya memerlukan kapal terbang kecil. Oleh itu, dikurangkan kepada Challenger," katanya kepada pemberita.

Mahathir berkata demikian ketika ditanya sekiranya Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak membuat perbelanjaan berlebihan untuk membeli jet.

"Baiklah, sudah tentu sekarang, kerajaan adalah lebih kaya daripada semasa (zaman pentadbiran) saya, maka mungkin mereka perlu melakukan menaik taraf sistem penerbangan," katanya sinis.

November lalu, Jabatan Perdana Menteri memberitahu Parlimen bahawa kerajaan kini memiliki sekurang-kurangnya lima pesawat termasuk Boeing Business Jet.

Pesawat yang dimaksudkan untuk digunakan oleh VVIP termasuk Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong, termasuk pesawat jenis Falcon, Global Express, Boeing Business Jet, Blackhawk, Augustas dan F28 Fokker.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim dalam kenyataan sebelum ini menjelaskan, kerajaan menanggung kos RM14.95 juta untuk bahan api dan RM160.08 juta untuk kos penyelenggaraan pesawat tersebut sepajang 2012.

Wednesday, November 27, 2013

Besi

Sunday, November 10, 2013

Kebenaran

Tuesday, June 18, 2013

Doa Mohon Cahaya Atau NUR..

Dengan nama Allah Cahaya, dengan nama Allah  Cahaya dari segala  cahaya, dengan nama Allah Cahaya di atas cahaya, dengan nama Allah Yang Mengatur segala urusan, dengan nama Allah Yang Menciptakan cahaya dari cahaya.
Segala puji bagi Allah Yang Menciptakan cahaya dari cahaya, Yang Menurunkan cahaya ke bukit dalam kitab yang tertulis, dalam lembaran tersebar, dengan ukuran yang tertentu, kepada Nabi yang terpilih.
Segala puji bagi Allah yang dikenal kebesaran-Nya, yang masyhur keagungan-Nya, yang disyukuri dalam suka dan duka. Semoga shalawat senantiasa Allah curahkan kepada junjungan kami Muhammad dan keluarganya yang suci. (Mafatihul Jinan, bab 1: 112)
Khasiat Doa Nur
Doa Nur dikenal sebagai Hizz (doa perlindungan) Fatimah Az-Zahra’ (sa). Doa yang diajarkan oleh Rasulullah saw kepadanya.
Di antara khasiat doa ini dapat menyembuhkan penyakit demam, dan penjagaan diri dari wabah penyakit demam. Doa ini sangat bagus didawamkan (dibaca secara istiqamah) khususnya di saat musim wabah penyakit demam. Selain khasiat tersebut jika doa ini didawamkan dapat membuka pintu rejeki.
Pengamalan
Boleh dibaca setiap selepas solat, atau sekurang-kurangnya sekali pagi dan petang. Pada waktu-waktu terdesak, mesti dibaca setiap selepas solat.
Untuk mengubati demam, bacakan pada air dan lapkan/sapukan pada tubuh dengan niat sebagai penawar. Mudah-mudahan sembuh.
Sila betulkan bacaan anda kepada mana-mana ustaz sebelum mengamalkannya. Terima kasih.
Sumber: http://malaysianreview.com/2013/04/22/untung-siapa-ada-amal-doa-mohon-cahaya-nur-ini/