Bahan A
1.4 biji bawang merah
2. 3 ulas bawang putih
3. 1/2 inci lengkas
4. 1/2 inci halia
5. 3 batang serai
6. 3 biji cili kering
Bahan lain
1. daging kambing yg bercampur tulang. 1/2 kg
2. ubi kentang. 2 biji
3. kelapa goreng yg di tumbuk atau kerisik
bahan A tambah air sikit kisar sampai halus.
bahan tumis
1. 4 sekawan.
2. 3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
bahan rempah
1 rempah kerutuk - 2 sudu
2. rempah gulai Kelantan - 4sudu
Tumis bahan tumis sampai keperangan. barulah masukkan bahan kisar. Tumis sampai pecah minyak.Gaul bahan rampah , campur sedikit air. gaul sampai rata. Rempah yg di gaul tadi masukkan kedlm kuali bahan yg sedang di tumis tadi yg telah pecah minyak. Gaul lagi , maskant sampai pecah minyak. masak dgn api perlahan dan selalu di kacau supaya tidak hangit. Lepas tu masukkan tulang dan daging kambing . gaul sebati. lepas tu masukkan air utk masak sampai daging empuk. masukkan 1 keeping asam keeping, 3/4 kerek gula melaka secukup rasa. selepas daging separuh empuk baru letakkan santan. santan pekat campur santan cair. masak lagi sampai daging empuk. reneh dgn api slow.tambah budu dan garam secukup rasa. bila kering sikit baru tambah kentang. tambah kelapa goreng yg di tumbuk ( atau kerisik) secukup rasa.tunggu sampai pecah minyak lagi.